Sunday, 9 June 2024

TRIP SANTAI JALAN-JALAN KAT PERTH-LIS 

(PERLIS INDERA KAYANGAN) 



Assalamualaikum korang, berhabuk eh dua tahun tak update blog.. pada hal Perlis ni pun aku pergi tahun 2022 heheh.. bile rajin nak menulis sampai tu, jom la menulis 😃

Aku ringkaskan je la ye, aku naik ETS train dari KL Sentral ke Padang Besar, tiket aku beli walk in kat kaunter je, nak beli online pun boleh, aku gerak pagi, sampai Perlis waktu petang.. kalau korang nak naik ETS ke Perlis, ikut suka ati korang la nk gerak pergi kol berapa pun, sebab takde itinerary pun hari 1st day. 


harus lah beli seat tepi tingkap, nak tengok view.. korang jangan ada perangai nak tukar2 seat ye!



ITINERARY HARI KEDUA - RONDA2 PERLIS


1. WANG KELIAN
* Wang Kelian View Point
* Border Wang Kelian - Thailand


Kami keluar awal giler pagi tu, lepas subuh 6.30pg sebab nak tengok awan karpet kat Wang Kelian View Point. Tapi takde rezeki sebab malam tadi tak hujan.. tapi enjoy je view yang ada walau pun masih berkabus, cuaca pun sejuk pagi tu.






3 orang kerdil sepakat pakai baju spongebob 😝


kebun getah sape la aku pinjam ni, tepi jalan je kat area Wang Kelian ni.. aku nampak row pokok getah dia cantik sebab ada daun kaler merah, macam kt overesea,,, ye la, sebelah tu da masuk Thailand



2. GUA KELAM
masuk bayar RM2/pax, parking RM1 (kalau tak silap, lama dah lupa).. dalam ni selain gua, air terjun pun ada.. campsite pun ada, tapi aku bukan kaki camping buat masa ni heheh..







3. TASIK TIMAH TASOH
Lebih kepada taman rekreasi tapi kami kt sini cuma naik basikal ngan amik gambar je.. sebab kami nak explore banyak tempat, taknak buang masa dengan aktiviti yang makan masa lama, so dapat jimat duit.. lagi pun setiap aktiviti ni  berbayar, contoh naik boat, kayak & sebagainya.. sebab tu aku cakap trip ni santai2 je.. lupa nak cakap, masuk RM5/pax, parking RM10





dari Tasik Timah Tasoh nampak view Bukit Chabang.. so next destination kami ialah Bukit Chabang



4. BUKIT CHABANG
pening sikit jalan masuk ke sini sebab masuk kampung orang, tapi kami follow je signboard & waze alhamdulillah reach termpat ni.. tapi sayang kami singgah je amik gambar, tak tau la pulak dalam tu ada petting zoo, takde rezeki masuk.. dah sampai KL baru tau 😂






5. TAMAN ECO RIMBA, BUKIT AYER
masuk bayar RM2/pax, parking free.. punya la nak tengok "emerald pool" , rupanya kena hiking sikit, nasib la pakai macam ni, kalau pakai dress ke heel ke jenuhhhh... tapi 1st impression sampai tempat ni, laaa camni ke.. biasyer2 je, maybe kat insta tu edit je lebih, tu yg view nampak wow..




kat bahagian ni ada air terjun, macam best je mandi kat sini.. bawak budak2 mandi sini mesti diorang suka.. tapi kami tak mandi la, niat la tengok "emerald pool" tu je




ni la "emerald pool" tu... keruh je aku tengok 😂



6. JAMBATAN PELANGI 
Nama jambatan ni "Jambatan Tuanku Syed Putra", bawah tu ada Kg Pelangi, kampung warna warni. Ya Allah, ruginya tak masuk kampung tu, rupanya tu memang open untuk visitor, salah satu port tourist.. sebab kami tengok tu rumah orang, so kami segan la nak masuk situ.. da sampai KL baru tau hahah..





tinggi bethol jambatan ni, ni view dari atas jambatan pelangi. Langkawi pun boleh nampak 



7. SAWAH PADI
masa aku datang Perlis ni bulan February, hampir semua sawah padi yang ada menghijau & menguning emas ni, memang rezeki sangat dapat tengok view camni.. pastu yang aku perasan Perlis ni hampir semua tempat warna warni (rainbow).. pastu bendera Perlis pun cantik, paduan color kuning & biru






8. LADANG NIPAH KIPLI
dari pagi berjalan langsung tak ingat nak makan, hahah... kami kalau berjalan memang makan belakang cerita, janji dapat jalan tu kira habis hati dah tu.. as per our itinerary, memang nak brunch kat Ladang Nipah Kipli, nak makan daging bakar






harga tak ingat berapa, lama dah lupa..tapi harga standard la macaam makan kt Kg Bharu tu..



ITINERARY HARI KETIGA


1. LADANG TEBU - laluan Padang Besar - Chuping
tujuan ke sini nak pegi Ladang Bunga Kenaf, tapi tak jumpa, sebab tak tau exactly location dia kt mana...tapi letaknya memang kt bekas tapak ladang tebu ni.. tebu dh takde tau, dah lama kena tebang, tempat ni luas giler.. sampai kami kena tegur dengan orang kebun situ, dia ingat kami student masuk ladang tu amik sample ke ape.. kami tanya la kt mana bunga kenaf tu, dia cakap dah lama kena "bakaq"... ala frustnya... takpe la, kami pun round dalam ni sambil amik gambar kt area ni buat kenang-kenangan..

by the way, ladang bunga kenaf tu memang wujud lagi ye.. aku ada repeat datang Perlis ni, aku ade nampak tempat tu cantik giler, siap ada signage "I love Bunga Kenaf"... tapi sebab dah terlajak, tidak lah aku singgah.. tempat tu serius lawa wei kalau amik gambar...









cantik kan view kat bekas tapak ladang tebu ni, macam dalam lukisan kan..



2. RUMAH WARISAN, ARAU
carik breakfast kat area Arau, kami nampak deretan kedai depan masjid kami pegi situ je.. rupanya sebelah KTM Arau je.. sambil makan sambil melilau mata tengok keliling, apa menarik menarik kat Arau ni.. sebab dalam itinerary free & easy je, train balik pukul 3 petang.. kiranya pagi ni kami nak ronda2 perabih minyak kereta je, kami sewa kereta sepanjang kat Perlis ni..  

sebelah kedai makan ni macam ada rumah kampung tapi cantik hiasnya.. kami tanya owner kedai dia cakap tu tempat tourist, boleh je singgah masuk situ.. so lepas sarapan kami pun ke rumah kampung tersebut.. nama tempat ni "Rumah Warisan".. tiket masuk RM5/pax









3. LALUAN CHUPING - PADANG BESAR
kat insta ramai orang amik gambar kat tengah jalan ni, tapi kami tak berani nak buat.. risau ade kereta lalu, jalannya tegak je, memang view superb, nampak view Bukit Chabang tu.





4. ARKED PADANG BESAR & PADANG WAREMART
ada masa lagi sebelum naik train, kami masuk dulu arked & Padang Waremart (depan2 je) untuk shopping jajan bawak balik KL, tak beli banyak pun, kang jenuh nak mengangkut, dah la sampai KL nanti nak balik rumah sambung naik LRT pulak, nanti tercicir-cicir pulak.. korang maybe boleh ubah itinerary shopping pada awal2 then boleh packing kt hotel sebelum balik






beli magnet fridge bagi kat member2 balik nanti



ada lagi tempat menarik kt Perlis yang aku da pergi selepas repeat datang Perlis.. nanti aku share lagi.. thanks korang sudi baca! ❤
























































No comments:

Post a Comment